Program Hari Terbuka Pusat Internet Pokok Sena

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka Pusat Internet Pokok Sena telah berlangsung pada hari Sabtu, 13 Julai 2019 yang lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama pihak Kospen, Pusat Internet Jerlun dan mana-mana Pusat Internet berdekatan. Program Hari Terbuka Pusat Internet Pokok Sena berjalan seperti yang dirancang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Program ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan dan program yang terdapat di pusat internet di samping edaran risalah MyFreeview @ MyTV kepada komuniti.

Terdapat banyak booth dibuka seperti booth Pusat Internet yang menawarkan kad keahlian secara percuma, booth usahawan PI yang menjual pelbagai jenis produk, booth KOSPEN yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali